jump to navigation

Pengalaman menulis buku ilmiah December 3, 2011

Posted by Muhammad Dzulhelmi in Teacher's Job.
Tags: , , , , , , ,
trackback

Tahun 2007

Ia bermula apabila saya terjumpa pelbagai jenis buku yang berkaitan dengan flora dan fauna yang terdapat di boneo dan dicetak oleh Natural History Publications (Borneo). Saya amat kagum melihat gambar-gambar yang digunakan dalam buku tersebut. Saya akan sentiasa ke kedai-kedai buku seperti MPH dan Popular semata-mata untuk membelek buku-buku tersebut tetapi tidak membelinya kerana buku tersebut boleh dipinjam di perpustakaan universiti. Walau bagaimanapun, apa yang menyedihkan saya ialah buku-buku tersebut ditulis oleh bukan rakyat Malaysia walaupun flora dan fauna tersebut terdapat di Malaysia..!! Dengan kata lain:

1. Mereka datang ke negara kita, kaji flora dan fauna kita, terbitkan sebuah buku untuk kita rujuk.

2. Apa yang terlintas di fikiran saya ialah kenapa flora dan fauna yang terdapat di belakang rumah kita, hutan-hutan kita, kita sendiri yang mengkajinya dan menulis mengenainya..??

Tahun 2008

Oleh kerana saya mengambil bidang zoologi, saya berazam untuk menulis mengenai fauna yang terdapat di negara kita. Maka, Semasa tamat pengajian di peringkat Ijazah Sarjana Muda (BSc.), saya mengambil kursus sebagai pemandu pelancong (Nature Guide) khusus kepada Taman Negara Bako. Pada waktu itu, saya dapat berkenalan dengan rakan-rakan yang bekerja dalam bidang pemandu pelancong. Saya bertanya kepada mereka:

“haiwan apa yang jarang orang tahu tapi apabila terjumpa haiwan tersebut, pelancong akan berasa kagum dan seronok..??” Kebanyakan mereka akan menjawab “Kubong”.

Maka, Saya mencari mengenai mengenai latar belakang haiwan yang jarang dikaji dan juga sukar ditemui iaitu Kubong (Flying lemur, Colugo). Apa yang mereka katakan itu benar. Memang jarang diketahui orang dan juga kurang penyelidikan mengenainya. Dengan jawapan ini, saya kemudian mendaftar sebagai pelajar Sarjana (MSc.) selepas konvo. 

Tahun 2009

Sepanjang kejian saya mengenai Kubong, saya telah menulis 5 menuskrip dan diterbitkan di jurnal-jurnal tempatan. Terdapat beberapa sebab mengapa saya memilih untuk menulis di jurnal-jurnal tempatan iaitu:

1. Supaya rakyat Malaysia sendiri tahu terlebih dahulu mengenai Kubong yang terdapat di negara ini – Kesedaran untuk mengkaji haiwan di bumi sendiri dan menyebarkannya pada rakyat tempatan adalah lebih penting daripada mencari nama di dunia luar.!!

2. Meningkatkan rujukan oleh orang luar kepada jurnal-jurnal Malaysia kerana tidak terdapat banyak maklumat mengenai haiwan ini walaupun di jurnal-jurnal luar negara – Kebanyakan daripada rakyat kita memandang jurnal-jurnal tempatan sebagai jurnal yang tiada kualiti kerana tiada Impact Factor..!!

3. Untuk melatih diri saya sendiri dan rakyat Malaysia untuk maju dengan lebih mempercayai hasil-hasil penulisan yang ditulis oleh rakyat Malaysia sendiri – Hal ini kerana kita senantiasa berasa ‘kerdil’ dan selalu menyatakan orang luar lebih hebat..!!

Tahun 2010

Sebelum menulis buku, saya ingin anda semua faham apa itu penulis, pembantu, penyunting, dan juga penasihat kerana ini semua adalah perkara berbeza. Saya juga ingin anda semua bezakan di antara tesis, jurnal dan buku. 

1. Penulis (Author)- Orang yang menulis sendiri ayat-ayat tersebut dengan buah fikirannya sendiri – bukan orang yang hanya bercakap kononnya dia yang memberi idea untuk menulis buku, dan kemudian menumpang dengan hasil kerja orang lain..!! Dengan kata lain, jika anda bertanya kepadanya, “tunjukkan bahagian mana yang anda telah tulis di dalam buku ini?” dan penulis akan menunjukkan sebutir demi sebutir ayat-ayat dan bahagian yang ditulisnya.

2. Pembantu (Assistant) – Semasa membuat kajian dan sebagainya, kita sekurang-kurangnya dibantu oleh rakan-rakan. Mereka digelar sebagai pembantu dan nama mereka boleh dimuatkan di dalam Penghargaan (Acknowledgement).

3. Penyunting (Reviewer) – Semasa membuat draf buku, kita biasanya mencari orang untuk menilai kerja kita seperti pensyarah dan supervisor. Mereka boleh diletakkan di dalam penghargaan juga. Saya dapati ada juga beberapa orang setelah memberi draf kepada orang lain, akhirnya nama penyunting diletak juga sebagai author.? Penyunting yang saya maksudkan ini adalah penyunting yang dilantik oleh kita sendiri secara informal.

4. Penasihat (Supervisor) – Semasa membuat buku, kita perlu asingkan perkara ini daripada tesis kerana tesis itu tugas bersama supervisor tetapi buku adalah pilihan si penulis sama ada untuk menulis buku atau tidak. Maka, semasa membuat buku, tidak ada perkara yang berbangkit seperti berikut;

a. Supervisor suruh buat kalau nak graduat tahun ini kerana tidak ada syarat untuk menulis buku untuk bergraduat – Untuk selamat, rahsiakan daripada semua orang yang anda sedang menulis buku.

b. Kamu perlu meletakkan nama supervisor kerana tanpa supervisor, kita tidak mampu membuat kajian ini sedangkan si penulis sahaja yang menulisnya.

c. Tidak ada istilah “Saya yang bagi idea”. Sebab itu kena letak nama saya juga. Sedangkan semuanya ditulis oleh si penulis dan orang yang bagi idea tu bercakap sahaja dan komen sikit-sikit. Orang seperti ini kita letak dalam penghargaan.

Pada pendapat saya, jika ingin menulis buku bersama, sama-samalah menulisnya. Contohnya, bahagikan buku itu kepada beberapa tajuk kacil dan 50% perlu dibuat untuk kedua-dua penulis. Tetapi akan timbul isu pula nama siapa yang perlu diletakkan di depan dan sebagainya.??

Tahun 2011

Setelah menghatar tesis saya, saya mula menulis buku kerana bagi saya, tidak ramai yang akan melihat tesis yang serba saintifik dan hanya boleh dipinjam dan diakses oleh orang tertentu. Maka, saya mula menulis buku dengan langkah-langkah berikut:

1. Curahan ilmu – Menulis apa-apa sahaja yang terdapat di dalam kepala pada masa itu. Jangan fikir pasal kesalahan tatabahasa, ejaan dan struktur ayat.

2. Bahagikan kepada tajuk-tajuk kecil – Tajuk-tajuk kecil ini boleh dirujuk di dalam buku-buku seperti yang terdapat di dalam Natural History Publication (Borneo).

3. Cari gambar-gambar yang sesuai – Gambar Kubong sepatutnya ditangkap semasa membuat kajian. Pada situasi saya, saya hanya dapat membeli kamera DSLR, flash dan zoom lens selepasa tamat pengajian kerana kekurangan bajet. Kini, saya nasihatkan kepada anda untuk menangkap gambar semasa membuat kajian dan bukan selepas kajian baru nak pergi cari gambar. Jangan sesekali bergantung kepada gambar kawan kerana ada kawan yang jenis tidak boleh melihat kita buat buku, dengan itu, tidak mahu memberi gambar yang kita perlu supaya buku itu nampak tidak lengkap

4. Mentelaah fakta-fakta – benda ini paling mustahak kerana kita hendak menyampaikan fakta. Oleh kerana saya telah menulis tesis, saya tidak akan merujuk kepada tesis tersebut, tetapi membaca kembali setiap jurnal-jurnal orang lain dan dimasukkan fakta yang pentinf sahaja yang perlu diketahui masyarakat.

5. Penyusanan buku – Jika kita yang menulisnya, maka kita sahaja yang tahu jalan cerita apa yang perlu dan penyusunannya.Jangan mengambil jalan mudah dengan mengupah orang lain untuk menyusun ia untuk kita kerana kita yang menulisnya, maka kita sahaja tahu gambar apa yang sesuai untuk fakta mana.

Dengan ini, saya menasihatkan agar:

1. Tulislah buku mengenai flora dan fauna kita sendiri jika mempunyai peluang.

2. Cari orang yang boleh dipercayai iaitu orang yang solat 5 waktunya tidak pernah tinggal kerana jika ia jahat sekalipun, ia masih takutkan hukuman Allah dengan solatnya sebagai bukti.

3. Rahsiakan mengenai penulisan buku anda jika anda ingin bergraduat cepat tanpa disekat oleh supervisor anda. Supervisor boleh mencari 1001 alasan untuk mengelakkan anda daripada bergraduat kerana tidak berpuas hati yang anda telah menulis buku tetapi tidak ada nama supervisor..??

Akhir kata, insyaallah buku saya akan keluar pada hujung tahun 2012

Advertisement

Comments»

No comments yet — be the first.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.