jump to navigation

Menuntut dan Penuntut Ilmu December 14, 2011

Posted by Muhammad Dzulhelmi in Religion & Faith.
Tags: , ,
add a comment

1. Kategori manusia dalam menuntut ilmu:
a. Pengajar / Ulama
orang yang benar-benar berada dalam bidang ilmu tersebut dan mengajar ilmu tersebut
b. Penuntut ilmu
orang yang benar-benar duduk di majlis ilmu untuk menuntut ilmu yang ada seperti di majid/surau
c. Pendengar
orang yang hanya duduk untuk mendengar ilmu tanpa berkeinginan (duduk saja-saja)
d. Mengasihi kepada yang menuntut ilmu
orang yang menginfakkan harta, tenaga kepada golongan yang di atas kerana tidak berpeluang untuk duduk bersama di majlis ilmu mungkin disebabkan oleh kesibukan dan tidak cukup masa.

Rukun menuntut ilmu:
1.Niat
a. benar-benar untuk menuntut ilmu supaya dapat keluar daripada kejahilan yang ada pada diri
b. Ingin beramal ilmu yang telah diterima untuk menjadi orang yang lebih baik
c. Berkeinginan untuk menyebarkan ilmu tersebut kepada orang lain untuk kebaikan bersama
2.Berguru semasa menuntut ilmu
3.Merujuk kepada kitab-kitab yang ditulis oleh ulama-ulama
4.Pena untuk catatan

Syarat penuntut ilmu:
1. Mempunyai kecerdasan otak
2. berkeingingan / suka pada ilmu
3. Bersungguh-sungguh menuntut ilmu
4. Mempunyai masa yang cukup untuk menuntut ilmu
5. Mempunyai sara hidup ketika menuntut ilmu
6. ??

Pengalaman menulis buku ilmiah December 3, 2011

Posted by Muhammad Dzulhelmi in Teacher's Job.
Tags: , , , , , , ,
add a comment

Tahun 2007

Ia bermula apabila saya terjumpa pelbagai jenis buku yang berkaitan dengan flora dan fauna yang terdapat di boneo dan dicetak oleh Natural History Publications (Borneo). Saya amat kagum melihat gambar-gambar yang digunakan dalam buku tersebut. Saya akan sentiasa ke kedai-kedai buku seperti MPH dan Popular semata-mata untuk membelek buku-buku tersebut tetapi tidak membelinya kerana buku tersebut boleh dipinjam di perpustakaan universiti. Walau bagaimanapun, apa yang menyedihkan saya ialah buku-buku tersebut ditulis oleh bukan rakyat Malaysia walaupun flora dan fauna tersebut terdapat di Malaysia..!! Dengan kata lain:

1. Mereka datang ke negara kita, kaji flora dan fauna kita, terbitkan sebuah buku untuk kita rujuk.

2. Apa yang terlintas di fikiran saya ialah kenapa flora dan fauna yang terdapat di belakang rumah kita, hutan-hutan kita, kita sendiri yang mengkajinya dan menulis mengenainya..??

Tahun 2008

Oleh kerana saya mengambil bidang zoologi, saya berazam untuk menulis mengenai fauna yang terdapat di negara kita. Maka, Semasa tamat pengajian di peringkat Ijazah Sarjana Muda (BSc.), saya mengambil kursus sebagai pemandu pelancong (Nature Guide) khusus kepada Taman Negara Bako. Pada waktu itu, saya dapat berkenalan dengan rakan-rakan yang bekerja dalam bidang pemandu pelancong. Saya bertanya kepada mereka:

“haiwan apa yang jarang orang tahu tapi apabila terjumpa haiwan tersebut, pelancong akan berasa kagum dan seronok..??” Kebanyakan mereka akan menjawab “Kubong”.

Maka, Saya mencari mengenai mengenai latar belakang haiwan yang jarang dikaji dan juga sukar ditemui iaitu Kubong (Flying lemur, Colugo). Apa yang mereka katakan itu benar. Memang jarang diketahui orang dan juga kurang penyelidikan mengenainya. Dengan jawapan ini, saya kemudian mendaftar sebagai pelajar Sarjana (MSc.) selepas konvo. 

Tahun 2009

Sepanjang kejian saya mengenai Kubong, saya telah menulis 5 menuskrip dan diterbitkan di jurnal-jurnal tempatan. Terdapat beberapa sebab mengapa saya memilih untuk menulis di jurnal-jurnal tempatan iaitu:

1. Supaya rakyat Malaysia sendiri tahu terlebih dahulu mengenai Kubong yang terdapat di negara ini – Kesedaran untuk mengkaji haiwan di bumi sendiri dan menyebarkannya pada rakyat tempatan adalah lebih penting daripada mencari nama di dunia luar.!!

2. Meningkatkan rujukan oleh orang luar kepada jurnal-jurnal Malaysia kerana tidak terdapat banyak maklumat mengenai haiwan ini walaupun di jurnal-jurnal luar negara – Kebanyakan daripada rakyat kita memandang jurnal-jurnal tempatan sebagai jurnal yang tiada kualiti kerana tiada Impact Factor..!!

3. Untuk melatih diri saya sendiri dan rakyat Malaysia untuk maju dengan lebih mempercayai hasil-hasil penulisan yang ditulis oleh rakyat Malaysia sendiri – Hal ini kerana kita senantiasa berasa ‘kerdil’ dan selalu menyatakan orang luar lebih hebat..!!

Tahun 2010

Sebelum menulis buku, saya ingin anda semua faham apa itu penulis, pembantu, penyunting, dan juga penasihat kerana ini semua adalah perkara berbeza. Saya juga ingin anda semua bezakan di antara tesis, jurnal dan buku. 

1. Penulis (Author)- Orang yang menulis sendiri ayat-ayat tersebut dengan buah fikirannya sendiri – bukan orang yang hanya bercakap kononnya dia yang memberi idea untuk menulis buku, dan kemudian menumpang dengan hasil kerja orang lain..!! Dengan kata lain, jika anda bertanya kepadanya, “tunjukkan bahagian mana yang anda telah tulis di dalam buku ini?” dan penulis akan menunjukkan sebutir demi sebutir ayat-ayat dan bahagian yang ditulisnya.

2. Pembantu (Assistant) – Semasa membuat kajian dan sebagainya, kita sekurang-kurangnya dibantu oleh rakan-rakan. Mereka digelar sebagai pembantu dan nama mereka boleh dimuatkan di dalam Penghargaan (Acknowledgement).

3. Penyunting (Reviewer) – Semasa membuat draf buku, kita biasanya mencari orang untuk menilai kerja kita seperti pensyarah dan supervisor. Mereka boleh diletakkan di dalam penghargaan juga. Saya dapati ada juga beberapa orang setelah memberi draf kepada orang lain, akhirnya nama penyunting diletak juga sebagai author.? Penyunting yang saya maksudkan ini adalah penyunting yang dilantik oleh kita sendiri secara informal.

4. Penasihat (Supervisor) – Semasa membuat buku, kita perlu asingkan perkara ini daripada tesis kerana tesis itu tugas bersama supervisor tetapi buku adalah pilihan si penulis sama ada untuk menulis buku atau tidak. Maka, semasa membuat buku, tidak ada perkara yang berbangkit seperti berikut;

a. Supervisor suruh buat kalau nak graduat tahun ini kerana tidak ada syarat untuk menulis buku untuk bergraduat – Untuk selamat, rahsiakan daripada semua orang yang anda sedang menulis buku.

b. Kamu perlu meletakkan nama supervisor kerana tanpa supervisor, kita tidak mampu membuat kajian ini sedangkan si penulis sahaja yang menulisnya.

c. Tidak ada istilah “Saya yang bagi idea”. Sebab itu kena letak nama saya juga. Sedangkan semuanya ditulis oleh si penulis dan orang yang bagi idea tu bercakap sahaja dan komen sikit-sikit. Orang seperti ini kita letak dalam penghargaan.

Pada pendapat saya, jika ingin menulis buku bersama, sama-samalah menulisnya. Contohnya, bahagikan buku itu kepada beberapa tajuk kacil dan 50% perlu dibuat untuk kedua-dua penulis. Tetapi akan timbul isu pula nama siapa yang perlu diletakkan di depan dan sebagainya.??

Tahun 2011

Setelah menghatar tesis saya, saya mula menulis buku kerana bagi saya, tidak ramai yang akan melihat tesis yang serba saintifik dan hanya boleh dipinjam dan diakses oleh orang tertentu. Maka, saya mula menulis buku dengan langkah-langkah berikut:

1. Curahan ilmu – Menulis apa-apa sahaja yang terdapat di dalam kepala pada masa itu. Jangan fikir pasal kesalahan tatabahasa, ejaan dan struktur ayat.

2. Bahagikan kepada tajuk-tajuk kecil – Tajuk-tajuk kecil ini boleh dirujuk di dalam buku-buku seperti yang terdapat di dalam Natural History Publication (Borneo).

3. Cari gambar-gambar yang sesuai – Gambar Kubong sepatutnya ditangkap semasa membuat kajian. Pada situasi saya, saya hanya dapat membeli kamera DSLR, flash dan zoom lens selepasa tamat pengajian kerana kekurangan bajet. Kini, saya nasihatkan kepada anda untuk menangkap gambar semasa membuat kajian dan bukan selepas kajian baru nak pergi cari gambar. Jangan sesekali bergantung kepada gambar kawan kerana ada kawan yang jenis tidak boleh melihat kita buat buku, dengan itu, tidak mahu memberi gambar yang kita perlu supaya buku itu nampak tidak lengkap

4. Mentelaah fakta-fakta – benda ini paling mustahak kerana kita hendak menyampaikan fakta. Oleh kerana saya telah menulis tesis, saya tidak akan merujuk kepada tesis tersebut, tetapi membaca kembali setiap jurnal-jurnal orang lain dan dimasukkan fakta yang pentinf sahaja yang perlu diketahui masyarakat.

5. Penyusanan buku – Jika kita yang menulisnya, maka kita sahaja yang tahu jalan cerita apa yang perlu dan penyusunannya.Jangan mengambil jalan mudah dengan mengupah orang lain untuk menyusun ia untuk kita kerana kita yang menulisnya, maka kita sahaja tahu gambar apa yang sesuai untuk fakta mana.

Dengan ini, saya menasihatkan agar:

1. Tulislah buku mengenai flora dan fauna kita sendiri jika mempunyai peluang.

2. Cari orang yang boleh dipercayai iaitu orang yang solat 5 waktunya tidak pernah tinggal kerana jika ia jahat sekalipun, ia masih takutkan hukuman Allah dengan solatnya sebagai bukti.

3. Rahsiakan mengenai penulisan buku anda jika anda ingin bergraduat cepat tanpa disekat oleh supervisor anda. Supervisor boleh mencari 1001 alasan untuk mengelakkan anda daripada bergraduat kerana tidak berpuas hati yang anda telah menulis buku tetapi tidak ada nama supervisor..??

Akhir kata, insyaallah buku saya akan keluar pada hujung tahun 2012

Like a Game of Chess June 9, 2011

Posted by Muhammad Dzulhelmi in Teacher's Job.
Tags: , , , , , ,
add a comment

In a game of chess, you play by the rules. Never get emotional or frustrated at any circumstances. Just stay relax and focus. The time given to you is to think ahead several steps of every possibilities that awaits you. Just be prepared. There is never a chess player who says he is perfect because he never under estimate his opponents. Every piece is very important. Sometimes you must sacrifice a piece to get closer to the king. Sometimes you must bait to move ahead and sometimes you must play by the time tricks. For every second that is left for you, you must use them wisely but the most important thing is to use all your pieces and work together. In the end, you will find out that the tricks the opponent think he is actually doing is actually the trick you want him to do to get to his king..CHECKMATE..

Advice from my teachers / lecturers June 8, 2011

Posted by Muhammad Dzulhelmi in Teacher's Job.
Tags: , , , , , ,
add a comment

I met some of my lecturer before leaving my university..Before leaving, i request them to give me advice which are important to my life journey..These are not written in books..

1. Job and responsibility are two distinctive things. The main key is sincerity.
2. All opinion are good, never criticize other peoples opinion even when your opinion is accepted or rejected.
3. Always volunteer yourself if there are work to do..never complain you get extra work.
4. Even if you have problem or fight with your teacher / lecturer, leave a small gap for him/her in your heart and forgive them at all time.
5. Make the past your life and learning experience for your future journey.
6. Always talk good about others, appreciate the people who criticize you because then you know your weakness.
7. Enthusiastic about your job, know your job, let it shine on your face when you talk about it.
8. Always ask opinion from your colleagues, friends, and your worker before you implement something.
9. Don’t talk bad about any of your colleagues, friends and your worker even though they are one. Ask them personally and offer your help to them.
10. Never say you are the “boss” verbally, act etc.. be very humble.

Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) – Guru Disiplin yang Luarbiasa June 6, 2011

Posted by Muhammad Dzulhelmi in Teacher's Job.
Tags: , , , , , ,
2 comments

Saya berpeluang mengajar di sekolah menengah kebangsaan (SMK) sebagai guru ganti selama dua bulan. Gajinya mengikut DC41 iaitu bayaran gaji mengikut hari (RM90 sehari jika bekerja). Suasananya tidak sama sekali jika dibandingkan dengan sekolah rendah..amat jauh berbeza. Mari kita lihat perkara yang berlaku dan tindakan yang saya ambil dengan pelajar-pelajar ini. Ingat! Mereka bukan penjahat, tetapi seorang insan yang perlu dibimbing.

1. Saya meminta pelajar kelas tingkatan 4 untuk duduk mengikut kehendak saya kerana saya merupakan guru kelas mereka. Tetapi sebahagiannya menolak dengan tidak menghiraukan saya langsung. Setiap hari saya akan masuk pada jam 0640 pagi untuk mengambil kedatangan dan mereka berada pada kedudukan yang saya kehendaki. Malangnya, sejurus selepas saya keluar dari kelas tersebut, pelajar-pelajar ini mengubah tempat ikut sesuka hati mereka. Bagaimana saya tahu? Ada satu hari saya terlupa mengambil buku saya yang tertinggal di atas meja kelas, selepas 1 jam meninggalkan kelas, saya kembali dan mendapati pelajar-pelajar ini tidak duduk di tempat yang disuruh. Saya memberi peluang selama 2 minggu..Namun harapan saya hampa. Oleh yang demikian, saya mengadu kepada guru disiplin dan apabila guru disiplin berjumpa dengan ketua kelas, pelajar di kelas tersebut duduk mengikut tempat yang disuruh sehingga kini..Menakjubkan..!!

2. Ada suatu ketika saya memberi kerja sekolah untuk diselesaikan dalam tempoh seminggu. Apabila tiba waktu menghantar, hanya 20% pelajar yang menghantar kerja tersebut..Saya tidak mengambil tindakan dan hanya memberi peluang kali kedua. Kerja sekolah diberikan lagi, dan kali ini hanya 15% pelajar menghantar..kali ketiga saya memberi kerja sekolah, kali ini tidak sampai 10% pelajar menghantar kerja sekolah..Saya pun mengadu kepada guru disiplin. Maka kali keempat saya memberi kerja sekolah, 95% pelajar menghantar kerja mereka pada waktu yang ditetapkan..Menakjubkan..!!

3. Terdapat beberapa pelajar yang suka ponteng kelas tambahan terutama apabila guru baru seperti saya yang mengajar. Saya pun tidak pasti tindakan apa yang boleh diambil jika pelajar bertindak sebegini dan diluar kawalan saya. Pada pendapat peribadi saya, mereka mungkin sudah letih untuk belajar terutama pada waktu 1330-1410 petang. Namun, pada satu masa, pelajar-pelajar ini tertangkap ponteng dan guru-guru diberi amaran untuk mengambil nama mereka. Kebetulan, saya memberi kerja sekolah untuk disiapkan dan bagi pelajar-pelajar yang belum siap tidak dapat keluar daripada kelas tambahan ini. Namun, ada juga yang berani melawan dan melarikan diri sebaik sahaja loceng berbunyi. Pada kelas tambahan yang akan datang, saya berpesan bahawa “guru disiplin” yang meminta pelajar menyiapkan kerja sekolah yang diberikan ini. Saya amat terkejut apabila 99.9% pelajar bertungkus-lumus cuba menyiapkan kerja tersebut. Menakjubkan..!!

Itulah antara pengalaman saya dengan pelajar-pelajar sekolah menengah ini..Mungkin perlu ada tekanan untuk diri mereka baru mereka akan berusaha bersungguh-sungguh..Apa pendapat anda.?

Sabah – Negeri di bawah bayu May 17, 2011

Posted by Muhammad Dzulhelmi in Wildlife.
Tags: , , , , , , , , , , , , ,
add a comment

Kota Kinabalu merupakan ibu negeri yang terletak di persisiran pantai barat Sabah. Ia merupakan salah satu keunikan negeri di bawah bayu ini. Terdapat pelbagai tempat yang menarik untuk dikunjungi di terutamanya di kawasan Kota Kinabalu.

1. Lok Kawi Zoo
Sebuah zoo yang mempunyai pelbagai haiwan yang terdapat di Borneo seperti Kongkang (Slow loris), Kera Hantu (Tarsier), Gajah pygmy (Pygmy elephant), Orang utan, Enggang (Hornbill) dan bermacam lagi. Jika anda ingin melawat tempat ini, pastikan anda berada di lok kawi untuk menonton Pertunjukan Haiwan sebelum jam 11am dan 2pm.


Pertunjukan Haiwan yang menarik ramai pengunjung..
Burung kakak tua yang dilatih oleh tuannya untuk pertunjukan haiwan.

2. Cultural Village
Tempat ini terletak beberapa kilometer perjalanan sebelum sampai ke lok kawi zoo. Ia merupakan sebuah tempat yang unik dan melibatkan aktiviti bersama pengunjung dengan staf. Tempat ini menyediakan orang yang akan menerangkan satu demi satu mengenai budaya dan sejarah kawasan tersebut.


Belajar membuat atap rumah daripada daun nipah.

3. Memorial Park
Tempat bersejarah ini merupakan masa perang dunia kedua dan melibatkan warga tempatan dan warga asing (Australia, British) dengan penjajah (Jepun). Askar yang ditangkap oleh tentera Jepun dipaksa berjalan kaki (dinamakan Death March) dari Sandakan ke Ranau (lebih 300 km) dan daripada 1400 tawanan yang terdiri daripada warga Australia dan British, tidak sampai sepuluh yang selamat tiba ke destinasi (Ranau).


Nama-nama askar tawanan terpapar di dalam taman ini..

4.Kampung Luanti, Sungai Tagal
Ini merupakan sungai yang paling unik dan unggun yang pernah ditemui. Sungai ini mempunyai ikan spesies (Kelah) yang boleh disentuh dan diberi makanan oleh para pengunjung. Anda boleh berkubang atau hanya meletakkan kaki anda di dalam sungai untuk ikan kelah tersebut memakan sel-sel mati kulit anda. Di sana juga terdapat Water Rafting (RM300 untuk 5 orang) yang memakan masa sehingga 1 jam 30 minit untuk merentasi sepanjang sungai tersebut.


Beratus ekor ikan kelah akan berganjak ke kaki anda sebaik sahaja kaki anda masuk ke dalam sungai tersebut..

5. Poring Hot Spring
Kawasan mata air panas semulajadi yang boleh anda rendam sepanjang hari. Baik untuk kesihatan kulit anda. Di sana juga terdapat Canopi walk iaitu jambatan gantung di atas pokok sepanjang 400 m jauh dan 30 m tinggi dari tanah. Satu aktiviti yang mencabar bagi para pengunjung. Di sana juga terdapat taman rama-rama yang menarik kepada pencinta alam.

Nasib seekor Kongkang (slow loris) di Sarawak, Borneo April 22, 2011

Posted by Muhammad Dzulhelmi in Wildlife.
Tags: , , , , , , , , , , , , , , , ,
1 comment so far

Pada 20 April, jam 12 tengah malam, ada rakan-rakan di UNIMAS bertemu dengan seekor kongkang di atas pagar besi di tengah jalan raya. Kemudian, seorang rakan saya (Syazwan Saidin a.k.a. Mad) menelefon saya memberitahu peristiwa tersebut. Saya bergegas ke tempat kejadian pada jam 1230 malam dengan membawa kamera D90, kotak plastik, sarung tangan dan kain.


Morris dalam keadaan takut dan rasa terancam apabila ramai manusia mengelilinginya..sesat jalan juga..

Apabila tiba di sana, saya melihat ramai pelajar yang berada di tempat bertemunya kongkang tersebut. Kebetulan pada waktu itu, YDP MPP UNIMAS kita (Muhammad Mus’ab Muzahar) melimpas di tempat tersebut bersama seorang Profesor dari UPM..Mereka pun berhenti seketika untuk melihat kongkang tersebut. Terdetik seketika bahawa MPP UNIMAS bukan sahaja prihatin dengan mahasiswa UNIMAS tetapi prihatin dengan Mamalia UNIMAS juga. Walau bagaimanapun, Mad sahaja yang berani untuk memegang dan meletakkan kongkang tersebut di dalam kotak. Saya tidak ingin digigit oleh kongkang tersebut kerana pada giginya terdapat sejenis toksik yang kita sendiri tidak tahu kesan jangka panjangnya jika terkena pada kita.


Morris dilepaskan di atas pokok renek untuk sesi fotografi..dia sangat gembira apabila berada di atas pokok..

Selepas dimasukkan di dalam kotak plastik, saya membawanya pulang ke bilik dan memberinya epal dan air. Ingin ditekankan di sini bahawa kongkang ini hanya akan makan apabila gelap gelita dan sunyi..Pada jam 3 pagi, terdengar gigitan epal oleh si kongkang tadi. Nama yang diberi kepada kongkang tersebut adalah Morris..hal ini kerana semasa Achok menelefon Mad untuk memberitahu beliau terjumpa dengan kongkang tersebut, beliau berkata ” Mad, aku ada terjumpa dengan Slow Moris”..maka, terlekatlah nama kongkang tersebut dengan nama ‘Morris’..alhamdulillah ia seekor jantan. Jika betina, terpaksa namakan ia ‘Morisah’..

Saya bersama rakan berbincang di mana mahu melepaskan haiwan ini. Kami tidak mahu ia dilepaskan di kawasan UNIMAS kerana khuatir ia akan sesat lagi di kawasan jalan raya lebih-lebih lagi apabila ramai penghuni UNIMAS memberitahu bahawa mereka sering melihat haiwan ini menyeberangi jalan raya di waktu malam. Walau bagaimanapun, saya mengambil keputusan untuk menjaganya sehari sehingga esok malam.


Morris sedang tidur nyenyak di waktu pagi sehingga petang..

Pada 21 April 2011, jam 10 malam, saya bersama rakan-rakan pencinta alam (Siti Mariam Jamaluddin, Farawahida Abu Zaharin, Suriyanti Su Nyun Pau) pergi ke Taman Negara Samajaya untuk melepaskan kongkang tersebut. Hal ini kerana haiwan ini aktif pada waktu malam, oleh yang demikian, kita harus prihatin akan waktu haiwan ini supaya ia mempunyai masa untuk mengeksploitasi kawasan tersebut apabila dilepaskan. Apa yang saya kagum ialah apabila kongkang tersebut dilepaskan di atas pokok, ia terus memanjat sehingga 10 meter tinggi dan kemudian duduk dan memerhatikan kami (mungkin untuk mengucapkan selamat tinggal atau terlalu penat memanjat pokok itu). Kemudian ia panjat sehingga ke kanopi pokok sehingga tidak kelihatan.


Morris berada di dalam kotak plastik ini..perasaan sedih gembira oleh kami..tetapi perasaan Morris lebih diutamakan..

Kami berharap agat kongkang ini dan haiwan-haiwan lain yang dijumpai di kawasan yang berkemungkinan besar akan mengancam nyawanya untuk dipindahkan di taman negara yang dilindungi oleh pihak kerajaan. Oleh hal yang demikian, diharap pada sesiapa yang menjumpai haiwan yang terseast dan sebagainya untuk membawanya ke taman negara yang sesuai dan anda sendiri yang melepaskannya di habitat tersebut. anda akan berasa seronok apabila anda sendiri yang melihatnya dibebaskan di habitat tersebut.


Kenagan terakhir bersama Morris sebelum ia dilepaskan…

Enam bulan sebagai Guru di Sekolah Rendah November 14, 2010

Posted by Muhammad Dzulhelmi in Teacher's Job.
Tags: , , , ,
5 comments

Saya ingin meminta guru-guru sekalian yang diberi anugerah sebagai orang Islam untuk melaksanakan 3 perkara iaitu:
1. Apabila masuk kelas, tanya murid-murid, “siapa yang solat subuh pagi tadi?” – amalkan perkara ini setiap hari. Jika ada yang tidak solat subuh, pesan dekat pelajar tersebut untuk solat subuh. Hal ini untuk memastikan Syariat dan tuntutan solat diwajibkan dahulu melebihi perkara lain, akademik nombor dua. Urutannya – Agama Islam, Akademik, Sukan, Kepimpinan, lain-lain.

2. Sebelum memulakan kelas, memoohn cikgu menceritakan kisah Nabi, Ulama selama 5minit yang pertama setiap kali masuk kelas (jika hafal ayat Quran lagi bagus) – hal ini untuk menghidupkan hati para pelajar (sila lihat Quran, Surah Al-anfal, 1-3). – Dengan membuat demikian, akan menghidupkan hati para pelajar untuk sentiasa mengingat Allah dan tujuan dia belajar. Secara tak langsung, akan menimbulkan sifat menghormati guru tersebut. Baru dapat memulakan pelajaran.

3. Tidak kira mata pelajaran apa yang diajar, semua umat Islam mengamalkan solat, maka, ajarkanlah juga Al-fatihah, Qunut, tahiyat, dsb. kepada murid dan dibaca setiap kali mengikut urutan dalam minggu tersebut. Ini adalah asas kepada lahir sifat menghormati guru.

Setelah 6 bulan menjadi guru ganti di tiga sekolah yang berbeza, ternyata, tiga amalan di atas mampu mengawal murid. Kenapa?
Saya mengajar mata pelajaran matematik , namun kerana setiap kali masuk ke kelas, kita berpesan kepada murid untuk melaksanakan syariat Allah dahulu, baru belajar.
Saya tidak perlu menjerit untuk ‘DIAM’ dan tidak pernah menggunakan “ROTAN’ untuk mengawal murid.

Secara automatik mereka mendengar kita, tidak bercakap apabila tidak disuruh. Seronok apabila kita memasuki kelas mereka dengan ekspresi muka mereka. Jika kita tidak masuk kelas mereka, mereka akan meminta kita untuk ‘SIT IN’ menggantikan waktu cikgu lain.

Ini merupakan satu rahmat daripada Allah, jika kita menghidupkan hati murid-murid dengan hati guru yang mengajar setiap kali sebelum mula mengajar.

Boleh Cuba..
P/S: Perkara ini boleh dilaksanakan di sekolah yang majoriti muridnya ialah islam.

Pseudo-nitzschia (Family: Bacillarioceae) May 5, 2010

Posted by Muhammad Dzulhelmi in Marine Science.
Tags:
add a comment

Amato M. and Montresor M. 2008. Morphology, phylogeny, and sexual cycle of Pseudo-nitzschia mannii sp. nov. (Bacillariophyceae): a pseudo-cryptic species within the P. pseudodelicatissima complex. Phycologia 47: 487-497.

Amato A., Orsini., D’ Alelio, D. & Montresor M. 2005. Life cycle, size reduction patterns, and ultrastructure of the pinnate planktonic diatom Pseudo-nitzschia delicatissima (Bacillariophyceae). Journal of Phycology 41: 542-556.

Bargu S., Koray T., and Lundholm N. 2002. First report of Pseudo-nitzschia calliantha Lundholm, Moestrup & Hasle 2003, a new potentially toxic speices from Turkish coasts. E. U. J. Fish. Aquat. Sci. 19: 479-483.

Caroppo C., R. Congestri, L. Bracchini, and P. Albertano. 2005. On the presence of Pseudo-nitzschia calliantha Lundholm, Moestrup et Hasle and Pseudo-nitzschia delicatissima (Cleve) Heiden in the Southern Adriatic Sea (Mediterranean Sea, Italy). J. Plank. Res. 27: 763-774.

Cerino F., Orsini L., Sarno D., Dell’ Aversano, C., Tartaglione L. & Zingone A. 2005. The alteration of different morphotypes in the seasonal cycle of the toxic diatom Pseudo-nitzschia galaxie. Harmful Algae 4: 33-48.

Cusack C., Raine R., and Patching J. W. (2004). Occurrence of species from the genus Pseudo-nitzschia Peragallo in Irish waters. Proc. Royal Irish Acad. 104B: 55-74.

Evan K. M., Bates S. S., Medlin L. K., and Hayes P. K. 2004. Microsatellite marker development and genetic variation in the toxic marine diatom Pseudo-nitzschia multiseries (Bacillariophyceae). J. Phycol. 40: 911-920.

Ferrario M.E., Scar E. A.,Castanos C., and Hinz F. 1999. Potentially toxic species of the diatom genus Pseudo-nitzschia in Argentinian coastal waters. Nova Hedwigia 68: 131-147.

Hallegraeff G. M. 1994. Species of the diatom genus Pseudo-nitzschia in Australian waters. Bot. Mar. 37: 397-411.

Hasle G. R. 1965. Nitzschia and Fragilariopsis species studied in the light and electron microscopes. II. The group Pseudo-nitzshcia. Skr. Norske Vidensk-Akad I. Mat.-Nat. Kl. Ny Serie 18: 1-45.

Hasle G. R., Lange C. B. & Syvertsen E. E. 1996. A review of Pseudo-nitzschia, with special reference to the Skagerrak, North Atlantic, and adjacent waters. Helgoländer Meeresuntersuchungen 50: 131-175.

Hasle G.R. & Lundholm N. 2005. Pseudo-nitzschia seriata f. obtusa (Bacillariophyceae) raised in rank based on morphological, phylogenetic and distributional data. Phycologia 44: 608-619.

Hernández-Becerril D. U. 1998. Species of the planktonic diatom genus Pseudo-nitzshcia of the Pacific coast of Mexico. Hydrobiol. 379: 77-84.
Kaczmarska I., LeGresley M. M., Martin J. L., and Ehrman J. 2005.

Diversity of the diatom genus Peudo-nitzschia Peragallo in the Quoddy Region of the Bay of Fundy, Canada. Harmful Algae 4: 1-19.

K. Kobayashi, Y. Takata and M. Kodama (2009). Direct contact between Pseudo-nitzschia multiseries and bacteria is necessary for the diatom to produce a high level of domoic acid. Fish Sci 75:771-776.

Lundholm N., Hasle G. R., Fryxell G. A. & Hargraves P. E. 2002. Morphology, phylogeny and taxonomy of species within the Pseudo-nitzschia Americana complex (Bacillariophyceae) with descriptions of two new species, Pseudo-nitzschia brasiliana and Pseudo-nitzschia linea. Phycologia 41: 480-497.

Lundholm N., Moestrup Ø., Hasle G. R. & Hoef-Emden K. 2003. A study of the Pseudo-nitzschia pseudodelicatissimal cuspidata complex (Bacillariophyceae); what is Pseudodelicatissima? Journal of Phycology 39: 797-813.

Lundholm N., Moestrup Ø., Kotaki Y., Hoef-Emden K., Scholin C. & Miller P. 2006. Inter- and intraspecific variation of the Pseudo-nitzschia delicatissima complex (Bacillariophyceae) illustrated by rRNA probes, morphological data and phylogenetic analyses. Journal of Phycology 42: 464-481

McDonald S. M., Sarno D. & Zingone A. 2007. Identifying Pseudo-nitzschia species in natural samples using genus-specific PCR primers and clone libraries. Harmful Algae 6: 849-860.

Orsini L., Procaccini G., Sarno D., & Ontresor M. 2004. Multiple rDNA ITS-types within the diatom Pseudo-nitzschia delicatissima (Bacillariophyceae) and their relative abundances across a spring bloom in the Gulf of Maples. Marine ecology Progress Series 271: 87-98.

Pocklington R., Milley J.E., Bates S.S., Bird C. J., Defreitas A. S. W. & Quilliam M. A. 1990. Trace determination of domic acid in seawater and phytoplankton by high-performance liquid-chromatography of the fluoromethoxycarbonyl (FMOC) derivative. International Journal of Environmental Analytical Chemistry 38: 351-368.

Rhodes L., Adamson J., and Scholin C. 2000. Pseudo-nitzschia multistriata (Bacillariophyceae) in New Zealand. New Zealand J. Mar. Freshwater Res. 34: 463-467.

Spatharis S., Danielidis D. B., Tsirtis G. (2007). Recurrent Pseudo-nitzschia calliantha (Bacillariophyceae) and Alexandrium insuetum (Dinophyceae) winter blooms induced by agricultural runoff. Harmful Algae 6:811-822.

Stonik I. V., Orlova T. Y., and Shevchenko O. G. 2002. Morphology and ecology of the species of the genus Pseudo-nitzschia (Bacillariophyta) from Peter the Great Bay, Sea of Japan. Russian J. Mar. Biol. 27: 362-366.

S. Takagi, K. Nomoto and T. Takemoto (1984). Physiological aspects or mugineic acid, a possible phytosiderophore of graminaceous plants. J Plant Nutr 7:469-477.

T. Yu. Orlova and O. G. Shevchenko (2002). The first Finding of Pseudo-nitzschia Americana (Bacillariophyta) in Russian Seas. Russian Journal of Marine Biology 28:336-339.

Wildlife Research in Peninsular Malaysia May 5, 2010

Posted by Muhammad Dzulhelmi in Wildlife.
Tags: , , , , , ,
add a comment
Follow

Get every new post delivered to your Inbox.